Monday, January 27, 2014

Sambutan Maulidur Rasul 1435H

Sambutan Maulidur rasul peringkat sekolah anjuran panatia Agama Islam dsn jQAF
22 Januari 2014 bersamaan 20 Rabiul Awal 1435H





Persembahan daripada kumpulsn Burdah dari sekolsh Pondok Ribath Syeikh Al-Qusyaisyi Dungun Terengganu

Sunday, February 26, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 H PERINGKAT SEKOLAH

SAMBUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 48 TAHUN 2012 BERSAMAAN 1432 HIJRAH

HARI : KHAMIS
TARIKH : 16 FEB 2012
TEMPAT : PADANG DAN DEWAN SK BATU 48, DUNGUN
ANJURAN : PANITIA AGAMA ISLAM DAN BADAN DAKWAH SK BATU 48

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN PADA HARI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL...


BERCERITA KISAH PENGAJARAN RASULULLAH


GEMA SALAWAT KPD JUNJUNGAN BESAR NABI MOHAMAD S.A.W


CERAMAH KISAH NABI MOHAMAD S.A.W OLEH AL-FADHIL UST MOHD SALLEH BIN TAHA

PERTANDINGAN BUSANA MUSLIM OLEH PARA PELAJAR TAHAP 1


PERTANDINGAN BUSANA MUSLIM OLEH PRA SEKOLAH


PENTAS UTAMA SAMBUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL


PERSEMBAHAN NASYID OLEH PASUKAN NASYID SEKOLAH

SEKALUNG TAHNIAH BUAT SEMUA PIHAK YANG TELAH MENJAYAKAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL INI
DAN JUGA SEJUTA PENGHARGAAN BUAT SEMUA AHLI PANITIA AGAMA ISLAM YANG TELAH MENYUMBANGKAN TENAGA DAN WANG RINGGIT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS SAMBUTAN INI TERUTAMANYA SUMBANGAN MAKAN MINUM SEMUA GURU DAN KAKITANGAN SK BATU 48 PADA MAJLIS INI...


Wednesday, February 22, 2012

SELAMAT DATANG KE SK BATU 48

SELAMAT DATANG DI UCAPKAN KEPADA
USTAZAH HAJJAH LATIFAH BT AWANG
KE SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 48
MENGGANTIKAN TEMPAT USTAZ ROKIB..

Thursday, January 26, 2012

HARI BERSEJARAH 19 JAN 2012

HARI PALING BERSEJARAH BUAT SEMUA WARGA SK BATU 48 DUNGUN  PADA HARI INI 19 JANUARI 2012 KERANA TELAH BERMULA PERSEKOLAHAN SATU SESSI..

HARI YANG DITUNGGU2 SEJAK BERTAHUN2 YANG LALU AKHIRNYA MENJADI KENYATAAN PADA HARI INI ALHAMDULILLAH....

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PERSEKOLAHAN SATU SESSI

730 PAGI - PERHIMPUNAN RASMI
900 PAGI - MAJLIS SOLAT HAJAT SEMUA MURID TAHAP 2 DAN GURU DI SURAU DAN BILIK jQAF
930 PAGI - BACAAN YASIIN BERAMAI-RAMAI


PERHIMPUNAN PERTAMA MENGUNAKAN DATARAN PERHIMPUNAN SEKOLAH YANG MASIH DALAM PROSES MENCANTIKKAN DATARAN

KALI PERTAMA JUGA GURU=GURU BERDIRI MEGAH DI ATAS  PENTAS PERHIMPUNAN
(kredit kepada cikgu Fazidah atas ihsan gambar ini)

ALHAMDULILLAH JUTAAN KESYUKURAN DIPANJATKAN KEPADA YA ALLAH ATAS NIKMATMU INI..
MOGA USAHA UNTUK TERUS BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA MENJADI LEBIH MUDAH DAN BERKAT DENGAN NIKMAT KURNIAMU INI INSYAALLAH..

Monday, January 16, 2012

CARA MENJAGA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH NABI JUNJUNGAN KITA..


BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi?

Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.

Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan

bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit

beberapa kali saja.


Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar.

Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat

yang Baginda amalkan adalah:

Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat,

solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran

udara

subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus

di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula

menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)


Tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar

dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk

air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi

menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.


Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila

berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa

menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan

tempat yang hendak kita pergi.


Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan

dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika

marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu

berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk

dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah

di hati.


Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu

banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.


Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat

iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan

sifat-sifat mahmudah.”


Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.

Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf

kerana yang pasti badan sihat.

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara

hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan

pertemuan dengannya.

Oleh Ustaz Zawawi Yusoh

Sunday, January 15, 2012

SELAMAT BERTUKAR USTAZ ROKIB

Pihak panitia Agama Islam mengucapkan selamat bertukar kepada dan terima kasih yang tidak terhingga buat Ustaz Rokib Ibrahim atas khidmat cemerlang beliau sepanjang berada di sini...moga2 segala jasa baik dan khidmat Ustaz akan terus berkekalan...dan di kira sebagai satu saham berharga menuju ke syurga di akhirat nanti...amiin...

beliau merupakan tonggak kuat Sekolah Kebangsaan batu 48 dan juga tonggak kuat panatia Agama Islam dan jQAF sendiri...


dan juga mengucapkan selamat bertugas di tempat baru...panjang usia kita akan bertemu lagi insyaAllah