Wednesday, March 20, 2019

PERISTIWA HIJRAH

Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW didatangi Malaikat Jibril yang membawa perintah Allah supaya berhijrah. Malaikat Jibril juga memberitahu tentang pakatan kaum Musyrikin yang ingin membunuh baginda.

Nabi Muhammad S.A.W bergegas menemui Abu Bakar untuk membuat perancangan dan persediaan yang teliti sebelum berhijrah. Baginda dan Abu Bakar telah mengupah seorang musyrik yang bernama Abdullah bin Uraikit sebagai penunjuk jalan.

Pada malamnya Nabi Muhammad S.A.W telah meminta Ali bin Abu Talib tidur di katil dan menggunakan selimut baginda untuk mengelirukan musuh. Kaum Musyrikin mula mengepung rumah Nabi dan bersedia untuk membunuh Baginda, tetapi Baginda berjaya melepaskan diri setelah membaca Surah Yaasin ayat 1- 9 dan menabur pasir di kepala mereka, lalu Allah mengaburkan pandangan mereka.

Nabi Muhammad S.A.W menuju ke rumah Abu Bakar dan bertolak ke Gua Thur yang terletak di Selatan Mekah. Semasa di sana, Abdullah bin Abu Bakar ditugaskan untuk memberi maklumat tentang musyrikin Mekkah. Amir bin Fuhairah ditugaskan mengembala kambing berhampiran Gua Thur untuk menutup jejak Abdullah. Asma binti Abu Bakar pula ditugaskan untuk menghantar makanan.

Kaum Musyrikin mekah tidak berjaya menangkap Nabi Muhammad S.A.W dan Abu Bakar. Mereka menawarkan hadiah 100 ekor unta kepada sesiapa yang berjaya menangkap Baginda. Antara musyrikin Mekah yang berusaha untuk menangkap Nabi ialah Suraqah bin Malik tetapi usaha itu gagal.

Setelah bersembunyi selama 3 hari di Gua Thur, baginda meneruskan perjalanan Hijrah dan singgah di Quba' . Apabila sampai di sana Baginda telah membina Masjid pertama dalam sejarah Islam dan kini di namakan Masjid Quba'. Akhirnya pada 12 Rabiul Awal tahun ke 14 kenabian Baginda dan Abu Bakar telah selamat tiba di Madinah. Ketibaan baginda disambut dengan penuh gembira oleh penduduk Madinah dan pada sahabat yang lebih awal berhijrah.

No comments:

Post a Comment

sebarang pendapat sangat2 dialu2kan...mohon diperkenalkan diri terlebih dahulu...syukran jazilan..